Perang psikologi di Manek Urai bermula - Semasa | mStar

Perang psikologi di Manek Urai bermula

KUALA LUMPUR: Dalam meniti saat menunggu tiba hari penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai Isnin ini dan hari mengundi pada 14 Julai ini, gendang pilihan raya sudah dipalu, bermula dengan serangan psikologi.

Ia bermula dengan serangan serangan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, kurang daripada 24 jam selepas beliau diumumkan sebagai calon, Ahad lepas.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu didakwa kononnya terlibat dalam perbuatan salah laku, namun Tuan Aziz, 39, pantas menafikannya dalam sebuah portal berita siber.

Sehingga laporan ini ditulis, belum ada serangan peribadi ditujukan terhadap lawannya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, bendahari PAS Kuala Krai yang juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Dalam amalan politik, serangan peribadi sering dijadikan senjata ampuh untuk membentuk persepi negatif terhadap lawan, terutamanya di kawasan yang didominasi satu kaum seperti di Manek Urai.

Ini kerana isu kaum dan agama tidak lagi relevan untuk dimanipulasikan.

Di Manek Urai sebanyak 99.2 peratus daripada 12,292 pengundi adalah pengundi Melayu.

Beberapa penganalisis politik yang ditemui Bernama menyifatkan pengurusan persepsi adalah cabaran utama BN di Manik Urai jika mereka mahu menawan kawasan kubu kuat PAS itu.

"BN kena guna psikologi di Manek Urai," kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein di sini hari ini.

Beliau berkata BN masih mempunyai peluang di Manik Urai walaupun persepsi umum masih tidak menyebelahinya setelah beberapa penambahbaikan seperti pertukaran pucuk pimpinan kerajaan dan parti dilaksanakan.

"Mereka yang ada liabiliti kepada parti juga tidak perlu turun (berkempen)," katanya.

Katanya BN juga perlu mengelak taktik serangan peribadi terutamanya kepada tokoh kepimpinan lawan seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini kerana di Kelantan Nik Abdul Aziz dihormati lawan dan kawan. Apa yang penting BN kena utamakan penerangan tentang apa yang mereka mahu lakukan di situ serta ketengahkan Tuan Aziz sebagai calon rakyat," katanya.

Bagi pemerhati politik tempatan yang enggan dikenali, faktor calon BN yang lebih muda, berpengalaman dan latarbelakangnya yang baik dilihat memberikan kelebihan kepada BN.

Beliau berkata ini kerana Tuan Aziz di atas kapasitinya sebagai pegawai Kesedar, memberikan kelebihan kerana Kesedar terlibat secara langsung di Manek Urai yang merupakan satu daripada kawasan di bawah Parlimen Kuala Krai, selain Mengkebang, Guchil dan Dabong.

"Kemenangan PAS di situ selama ini pun kerana calonnya," katanya merujuk kepada Allahyarham Ismail Yaakob yang mewakili kawasan dewan undangan negeri (DUN) itu selama lima penggal.

Umno hanya memenangi kawasan itu pada 1980 dan 2004 di mana ketika Ismail tidak menjadi calon. Ismail meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung menyebabkan pilihan raya kecil itu perlu diadakan bagi memilih seorang Adun baru.

Manek Urai adalah kawasan luar bandar yang meliputi perkampungan, kebunkebun getah dan ladangladang dengan sebahagian besar penduduknya bekerja sebagai penoreh getah dan petani.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula berpendapat keduadua calon dilihat mempunyai peluang yang seimbang.

"Saya ingat faktor calon tidak beri kelebihan pada manamana pihak. Manek Urai bergantung kepada bagaimana Umno menguruskan persepsi orang ramai terhadapnya, kerana ia bukan lagi soal isu," katanya.

"Dalam soal ini, Umno kena ada keupayaan untuk membalas semua hujah yang dibuat pihak lawan jika mahu sokongan pengundi.

Politik ugutan seperti tiada lagi pembangunan kalau tidak undi BN, tidak akan berkesan.

"Mereka (pengundi) ini semua adalah penoreh getah, petani dan peneroka yang tidak takut pada harimau atau apaapa binatang. Inikan pula sebuah parti politik," kata Mohammad Agus.

Beliau berkata BN perlu bersedia menjawab kepada rakyat bekenaan isuisu nasional dan krisis perlembagaan di Perak, jika ia dibangkitkan di Manek Urai.

"Namun apa sahaja "keputusan" di Manek Urai perlu mempamerkan kematangan berpolitik keduadua parti. Perbuatan seperti "cah keting" (cantas-mencantas) dan serangan peribadi perlu dielak.

"Biarlah pilihan raya berlaku dalam landasan demokrasi tulen," kata Mohammad Agus. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain