suria

Pengerusi Gerakan cawangan Alor Segamat maut dalam kemalangan

ALOR SETAR: Pengerusi Parti Gerakan Cawangan Alor Segamat, Pokok Sena Ng Choon Wah maut dalam kemalangan di Jalan Langgar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi, Ng, 43, bersama isteri Wei Pow Wei, 38, dari Taman Ilham, Lorong Perwira di sini dipercayai dalam perjalanan dari Pokok Sena ke pusat bandar apabila kereta jenis Naza Citra yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu jalan.

"Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri beliau hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Parti Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai ketika dihubungi berkata beliau dimaklumkan oleh seorang anggota parti itu mengenai kematian Ng kira-kira 9 pagi ini. BERNAMA

Artikel Lain