suria

Lelaki ditemui mati dibunuh

KUANTAN: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai selepas dipukul dengan sebatang kayu di bahagian muka dan kepala, di Perhentian Bas Brinchang dekat Cameron Highlands, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata S.Sivakumar, 48, yang berasal dari Tanjung Rambutan, Perak ditemui mati oleh dua anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah kira-kira pukul 2 pagi.

Beliau berkata Sivakumar ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi perhentian bas dan polis turut menemui sebatang kayu yang dipercayai menjadi senjata yang membunuh Sivakumar.

"Siasatan awal mendapati Sivakumar mungkin dibunuh antara pukul 8 malam dan 1 pagi ini. Mayatnya dibawa ke Hospital Cameron Highlands untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wan Zahari berkata polis turut menemui beberapa botol minuman keras di tempat kejadian, dan menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Artikel Lain