suria

Setiausaha firma guaman mengaku bersalah pecah amanah RM5,398

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha sebuah firma guaman mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan RM5,398, antara April hingga September tahun lepas.

Khairudin Atan, 46, didakwa pecah amanah wang milik tempatnya bekerja, di Firma Guaman Iza Ng Yeoh & Kit, Suite 1308, Tingkat 13 Plaza 138, No.138 Jalan Ampang. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan Khairudin yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Julai ini untuk jatuh hukum.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain