PKFZ: Tee Keat tak layan cabaran debat Kit Siang - Semasa | mStar

PKFZ: Tee Keat tak layan cabaran debat Kit Siang

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau tidak akan melayani cabaran Lim Kit Siang untuk menyertai siri debat di lima negeri mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kerana berpendapat penasihat DAP itu akan memutarbelitkan fakta berhubung isu berkenaan.

"Kalau hendak berdebat pun, saya harap beliau boleh berdebat dengan kewarasan dan sopan santun. Tindakan memutarbelitkan fakta tidak dapat menyelesaikan isu PKFZ," kata Ong kepada pemberita di lobi Parlimen Isnin.

"Kalau orang politik macam dia (Lim) yang nak buka gelanggang (debat), dia sendiri jadi tok dalang, mendalangi sendiri apa yang dia cakap, sendiri yang mendakwa, sendiri yang buat kesimpulan, saya rasa, akhirnya itu sesuatu yang hanya memalukan dirinya sendiri saja," kata Ong yang juga Presiden MCA.

Katanya, sejak tiga tahun lepas, Lim telah mengungkit soalan yang sama mengenai PKFZ.

"Jawapan telah dibuat, fakta yang dia nak pun dah didedahkan, dia masih lagi dalam keadaan celaru. Saya rasa sama ada dia kurang faham ke atau buat-buat tak faham.

Terdahulu, Lim yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur dalam sidang medianya mencabar Ong supaya turut membawa bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy yang turut dikaitkan dengan isu PKFZ bagi membantunya ketika berdebat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain