suria

Kerajaan akan umum sebab kematian pelatih PLKN

SIK: Kerajaan akan mengumumkan sebab kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Abdul Malik Ishak, 18, di Kem Cenarai di Perlis semalam, selepas mendapat laporan lengkap mengenai kes itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata kementerian kini menunggu laporan lengkap mengenai kes kematian pelatih berkenaan.

Abdul Malik, 18, dari Kampung Relong, Mukim Jeneri Sik, ditemui mati di biliknya di kem berkenaan oleh rakannya pada kirakira pukul 5 pagi. Kematian anak bongsu dari tujuh beradik itu disedari oleh rakannya ketika mahu mengejutkannya untuk solat Subuh.

"Apa yang diketahui daripada rakanrakan pelatih ialah Allahyarham sihat dan mampu melakukan semua sesi dengan baik selama hampir dua minggu sebelum ditemui meninggal dunia," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga pelatih itu di sini hari ini.

Jenazah Abdul Malik dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kampung Betong Jeneri di sini malam tadi.

Sementara itu, kakak Abdul Malik, Aida Ishak, 35, ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka perbualan telefon dengan adiknya pada malam Ahad lepas adalah perbualan terakhir.

"Ketika berbual pada kira-kira pukul 9 malam itu, Abdul Malik meminta saya melawatnya dan membawa sehelai kain pelikat dan sehelai seluar, katanya.

Beliau yang rapat dengan Abdul Malik, berkata adiknya juga tidak mahu pulang pada cuti hujung minggu lepas kerana gembira mendapat kawan dan bersemangat untuk menyertai latihan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain