suria

H1N1: Johor catat jangkitan keempat

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura disahkan menghidap Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah mangsa di Johor setakat ini kepada empat orang, menurut anggota Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Dr Robia Kosai.

Menurutnya, lelaki berusia 25 tahun itu mengadu tidak sihat ketika menjalani saringan kesihatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini semalam.

"Berikutan dengan itu, lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan positif H1N1," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Katanya, keluarga mangsa yang tinggal di Mersing serta tunang beliau yang berada di Putrajaya turut dikenakan tindakan kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga. Sementara itu, Robia turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak bertindak menghantar anakanak mereka ke sekolah sekiranya mereka tidak sihat, sebaliknya membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain