suria

Pistol ditemui dalam tands imigresen Lebuh Pantai

PULAU PINANG: Seorang tukang cuci yang sedang menjalankan tugas hariannya menemui sepucuk pistol dalam tandas Jabatan Imigresen Lebuh Pantai di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata pekerja berusia 60 tahun itu menemui pistol jenis Smith & Wesson dalam tandas perempuan di jabatan berkenaan pada kirakira pukul 7.30 pagi.

"Pekerja berkenaan pada mulanya ingat pistol itu adalah pistol mainan dan dia menunjukkannya kepada pengawal keselamatan yang bertugas untuk pastikan kesahihannya.

"Selepas melihat pistol itu, pengawal keselamatan terbabit bertindak memaklumkan kepada pihak Imigresen yang kemudian menghubungi polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat lima butir peluru bersama pistol yang mempunyai tulisan Thailand itu, dengan empat daripadanya peluru hidup. BERNAMA

Artikel Lain