suria

Lima lelaki ditahan ketika cuba mencuri komponen kereta

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lima lelaki yang sedang melerai komponen sebuah kereta mewah ditahan di sebuah bengkel di Sungai Lalang, Semenyih dua hari lalu.

Ketika serbuan pada pukul 3.30 petang itu, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 46 tahun termasuk dua warga Bangladesh, sedang leka meleraikan komponen kereta Toyota Fortune yang dipercayai merupakan kereta curi.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, komponen kereta yang dilerai oleh kumpulan itu dipercayai untuk diedar di sekitar Lembah Klang.

"Kita percaya, kumpulan yang beroperasi lebih dari empat bulan di sekitar Lembah Klang ini mempunyai pembeli yang tertentu di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Selangor, di sini hari ini.

Khalid berkata polis sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai dalang sindiket tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain