suria

Kanak-kanak perempuan 11 tahun mangsa H1N1 kedua di Johor

JOHOR BAHARU: Johor mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang datang bercuti bersama keluarga ke sini dari Jakarta, Indonesia, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Mohd Khairi Yaakob berkata kanakkanak perempuan warga Indonesia dan bersekolah di Jakarta itu datang ke negara ini dengan menaiki pesawat Sri Wijaya Air ke Lapangan Terbang Changi, Singapura bersama bapanya. "Kanak-kanak itu mula menunjukkan simptom virus itu pada Khamis malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

"Kanak-kanak itu dibenarkan pulang ke rumah selepas rawatan dilakukan terhadapnya semalam, sebelum keputusan positif dijangkiti penyakit berkenaan diketahui semalam," katanya ketika dihubungi di sini.

Dr Khairi berkata budak perempuan itu kini berada di HSA.

Ibu bapa dan dua lagi ahli keluarganya dikuarantin di rumah percutian mereka di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain