suria

Cubaan seludup warga asing dari Malaysia dipatahkan

PELABUHAN KLANG: Seramai 59 warga asing ditahan oleh Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Kelang di Perairan Selat Lumut dan Perairan Sungai Condong dalam rondaan malam tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, DSP Marzuki Ismail berkata mereka ini disyaki cuba diseludup keluar dari Malaysia melalui pintu keluar yang tidak sah oleh botbot yang dikendalikan oleh tekong dan awakawak warga Indonesia.

Dalam tangkapan pertama pada pukul 11 malam di perairan Selat Lumut, 15 lelaki warga Afghanistan, enam lelaki rakyat Pakistan, lapan lelaki dan tiga perempuan warga Indonesia ditahan selain tekong bot dan dua anak kapal juga warga Indonesia, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tangkapan kedua di perairan Sungai Chondong pada pukul 9.50 pagi tadi, melibatkan 21 lelaki warga Afghanistan dan tekong bot serta dua awak-awak rakyat Indonesia, katanya.

Mereka ini disyaki masuk ke Malaysia untuk diseludup ke Australia oleh pihak tertentu yang sedang disiasat penglibatan dalang dari negara jiran dalam kes ini, katanya. Hasil siasatan awal menunjukkan kebanyakan mereka masuk ke Malaysia secara sah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Beliau berkata setiap daripada warga asing yang ditahan itu membelanjakan US$1,300 (RM4,200) seorang bagi dibawa keluar dari Malaysia secara haram. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain