Najib, Obama bincang hal ekonomi semasa perbualan telefon - Semasa | mStar

Najib, Obama bincang hal ekonomi semasa perbualan telefon

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menyentuh pelbagai isu termasuk isu ekonomi semasa bercakap melalui telefon selama 20 minit pada malam ini.

Bercakap kepada para usahawan Bumiputera pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) malam ini, Najib berkata beliau telah menerima panggilan dari Obama pada pukul 9.10 malam dan mereka telah membincangkan pelbagai perkara.

Beliau berkata Obama memuji keunikan dan kelebihan Malaysia.

"Anda sepatutnya berbangga dengan Malaysia kerana (negara) anda adalah sebuah negara Islam moden yang progresif dan anda berupaya mengendalikan satu masyarakat pelbagai ethnik dan agama," katanya yang memetik kata-kata Obama.

Najib berkata hubungan yang terjalin antara Malaysia dan AS adalah penting kerana negara sekarang memasuki era baru dalam ekonomi dunia yang bukan saja dikaitkan dengan proses globalisasi tetapi juga "ekonomi berbentuk jaringan."

"Apabila kita berdepan dengan cabaran pada jaringan ekonomi, maka kita perlu mengukuhkan kedudukan kita untuk menjalin jaringan dengan pihak lain. Bila kita sebut jaringan pada peringkat global, Malaysia mempunyai keunikan dan kelebihan," katanya.

Keunikan dan kelebihan tersebut merupakan kekuatan kepada Malaysia kerana ia adalah satu-satunya negara yang boleh menganggap dirinya sebagai negara yang mempunyai kelebihan sebagai gerbang ke pusatpusat (pasaran) lain, katanya.

Najib berkata Malaysia adalah gerbang ke China, India, negaranegara Asean dan juga negaranegara Islam.

Bagi China, Najib berkata, bukan sahaja orang Cina negara ini yang mempunyai peluang ekonomi, malah juga para usahawan Bumiputera kerana China mempunyai sentimen positif terhadap Malaysia.

Beliau berkata, semasa lawatan ke China baru-baru ini, beliau telah menerima layanan baik dan banyak memorandum persefahaman telah ditandatangani dan dengan itu membuka peluang kepada para usahwan Malaysia.

Beliau berkata peluang yang jelas ialah produk halal kerana ramai rakyat China beragama Islam.

Mengenai kedudukan usahawan Bumiputera, Najib berkata mereka patut berfikir mengenai model perniagaan baru seiring dengan model ekonomi baru.

Mereka perlu mengenal pasti "perniagaan hari esok," katanya sambil menyatakan bahawa kebanyakan perniagaan Bumiputera hari ini adalah "perniagaan hari ini dan semalam."

Beliau berkata Kerajaan akan membantu syarikat Bumiputera yang terbaik berdasarkan keupayaan meritokrasi berbanding sebelum ini di mana bantuan diberi secara sama rata. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain