suria

Singapura catat rekod dengan hampir 100 kes baru H1N1 dalam sehari

SINGAPURA: Singapura mencatatkan jumlah terbesar kes influenza A (H1N1) dalam tempoh sehari apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan 95 lagi kes baru hari ini.

Bilangan kes terbaru itu menjadikan jumlah kes jangkitan di republik itu telah mencecah 315 kes.

Dalam kenyataan malam ini, Kementerian Kesihatan berkata separuh daripada kes baru itu telah disiasat iaitu 25 jangkitan tempatan dan 22 kes import.

Mengenai kes tempatan, 10 pesakit adalah terdiri daripada pelanggan dan petugas sebuah kelab malam di sini, empat dari sebuah kem tentera dan dua kes hasil kontak dengan kes import.

Sembilan lagi kes adalah dari sebuah politeknik tempatan yang sebelum ini mencatatkan tiga kes.

Kemeterian itu berkata baki 48 kes baru itu masih dalam siasatan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain