suria

Isteri mahu inkues siasat tahanan mati di lokap

M. Manamegala menunjukkan gambar suaminya dalam sidang media di Parlimen hari ini. Beliau mahu inkues dijalankan terhadap kematian mengejut suaminya dalam lokap polis awal bulan ini.

KUALA LUMPUR: Isteri A. Gnanaprakasom, yang mati dalam lokap polis awal bulan ini mahu satu inkues dijalankan terhadap kematian mengejut suaminya.

M. Manamegala berkata suaminya, Gnanaprakasom, yang bekerja sebagai pendawai, 53, tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum meninggal dunia secara mengejut.

Gnanaprakasom telah ditahan pada 10 Jun atas tuduhan pecah rumah di Sungai Buloh.

“Beberapa hari selepas ditahan oleh polis, dia mati dalam tahanan, duit dan telefon bimbitnya kepunyaan dia hilang.

“Siapa yang mahu bertanggungjawab atas kematian dia. Sekarang siapa yang mahu menjaga anak-anak saya,” kata ibu kepada tujuh anak ini di lobi Parlimen hari ini.

Dia bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat.

Turut serta menyerahkan memorandum tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Artikel Lain