suria

Pengawal keselamatan tertembak pekerja dan pelanggan bank

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja dan pelanggan sebuah bank cedera ringan apabila terkena dua das tembakan yang dilepaskan seorang pengawal keselamatan bank di Damansara Jaya dekat sini, hari ini.

Kejadian pada pukul 1.30 petang itu dipercayai berpunca daripada pengawal keselamatan berusia 43 tahun itu terpicit picu senapangnya lalu mengenai keduadua lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohammed berkata ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan yang sedang berurusan dalam bank itu.

"Kedua-dua mereka itu hanya cedera ringan. Seorang cedera di tangan dan bahu kanan, manakala seorang lagi cedera di kaki kiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Arjunaidi berkata keduadua mereka kini di rawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dilapor stabil.

Beliau berkata pengawal keselamatan itu ditahan untuk siasatan. BERNAMA

Artikel Lain