suria

Pembantu rumah Islam hanya untuk keluarga Muslim - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) meminta kerajaan Malaysia menetapkan peraturan supaya pembantu rumah beragama Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga Islam dan keluarga bukan Islam hanya dibenarkan mengambil pembantu rumah bukan Islam sahaja.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan berkata perkara itu telah beberapa kali disarankan oleh DPPP serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain sebelum ini bagi memastikan isu penafian hak seperti dilarang bersolat dan berpuasa, tidak mendapat makanan halal, tempat tinggal yang selesa dan bersih dan gaji berpatutuan dapat diselesaikan.

Nasrudin berkata masalah ini jika tidak ditangani dan dibiarkan berlarutan akan mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Nasrudin mengulas beberapa kes penderaan pembantu rumah Indonesia barubaru ini sehingga mendorong Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno mencadangkan menghentikan penghantaran pembantu rumah dari Indonesia Ke Malaysia buat sementara waktu.

Pemuda PAS turut mendesak kerajaan memberikan hukuman berat terhadap majikan yang cuai atau sengaja mendatangkan kecederaan fizikal, mental dan akidah kepada pembantu rumah mereka. BERNAMA

Artikel Lain