suria

Nelayan didakwa bunuh sepupu

KLANG: Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh sepupunya di Pulau Ketam dua minggu lepas.

Heng Mok Oii, 24, didakwa membunuh Chua Cheng Gai, 34, seorang pemborong ikan masin, di Jalan Jambatan Tiga Bagan Teochew, Pulau Ketam, Pelabuhan Klang di sini, antara 12 tengah malam dan 12.20 tengah malam 9 Jun lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Heng mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Gan Chee Keong menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil manakala Heng tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Lain