suria

MP Kapar pohon ketepikan waran tangkap

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam memfailkan permohonan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner semalam yang mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana tidak mahu menerima sapina hadir prosiding inkues pelakon K. Sujatha.

Ia difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi.

"Saya sudah failkan kira-kira 10.30 pagi tadi," kata beliau di lobi Parlimen.

Manikavasagam berkata, permohonannya dijadual akan didengar esok.

Bagaimanapun kata Manikavasagam, beliau tetap akan menghadiri prosiding pada 9 Julai ini jikapun sapina tidak diserahkan.

"Saya tetap akan pergi ke mahkamah (koroner) pada 9 Julai sama ada mereka hendak serahkan sapina ataupun tidak.

"Saya pernah hadiri prosiding peringkat awal sebelum ini, saya tiada masalah untuk hadir," kata beliau yang hanya mengharapkan masa yang secukupnya diberikan untuk membuat persiapan.

Prosiding yang berakhir semalam akan disambung pada 9 dan 10 Julai ini

Artikel Lain