suria

Lanjut khidmat KSN bantu PM, tidak jejas peluang naik pangkat

KUALA LUMPUR: Keputusan melanjutkan kontrak perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selama setahun mulai bulan ini dibuat untuk melancarkan pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Keputusan itu juga tidak akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang lain.

Keputusan itu dibuat atas kepentingan nasional selain atas pengalaman kepimpinan Mohd. Sidek dalam mengendalikan perkhidmatan awam selama ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau menjawab soalan asal Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS-Kuala Terengganu) di Dewan Rakyat hari ini.

"Perdana Menteri belum lagi seratus hari (memegang jawatan) dan memerlukan kesinambungan kepimpinan perkhidmatan awam," kata beliau.

Malah kata beliau, jawatan Ketua Setiausaha Negara adalah pelantilkan terbuka.

"Oleh itu ia tidak akan menjejaskan kenaikan pangkat pegawai lain (ketua-ketua setiausaha)... ketua-ketua setiausaha kementerian (yang berkhidmat) tahu perkara," jelas beliau.

Artikel Lain