suria

Dua lelaki tenang terima keputusan hukuman gantung

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pengurup wang dan seorang penganggur yang disabit dengan kesalahan mengedar dadah.

S. Raja, 39, dan K. Krishnan, 38, kelihatan tenang semasa Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah menjatuhi hukuman itu di akhir kes pembelaan hari ini, selepas memutuskan keduaduanya gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Raja dan Krishnan didakwa bersamasama mengedar dadah seberat 147.4 gram (111.5 gram heroin dan 35.9 gram monoacetylmorhines) di tempat letak kereta Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras pada pukul 9.15 malam, 24 September 2007.

Krishnan yang merupakan seorang penganggur, terpaksa dibawa ke mahkamah menggunakan kerusi roda setelah kaki kirinya dipotong akibat penyakit diabetis.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil sembilan orang saksi, manakala di peringkat pembelaan pula hanya kedua tertuduh memberi keterangan.

Dalam prosiding lepas, beberapa saksi memberitahu kedua tertuduh ditangkap ketika sedang membuat urusan jualan dadah dengan pihak 'sumber polis'. BERNAMA

Artikel Lain