suria

Tiga wanita Filipina ditahan bersama 27.9kg ganja

BUKIT KAYU HITAM: Tiga wanita dipercayai anggota sindiket penyeludupan dadah antarabangsa ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) di sini, hari ini ketika cuba membawa masuk ganja mampat yang dianggar bernilai lebih RM50,000.

Turut ditahan seorang lelaki rakyat Thailand berusia 34 tahun yang membawa ketigatiga wanita itu dalam kenderaannya.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 Pasukan Gerakan Am Supt Ahmad Razil Yaacob berkata ketigatiga wanita, masingmasing berusia 30, 39 dan 43 tahun itu ditahan pada pukul 11.10 pagi.

"Anggota PGA telah meminta wanita itu membawa beg masingmasing untuk diimbas dalam mesin pengimbas dan kami menemui dadah di dalam beg mereka iaitu masing-masing seberat 7.1 kg, 13.4 kg dan 7.4 kg," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan cop lawatan ke beberapa negara termasuk Laos, Vietnam, China dan India di pasport antarabangsa mereka, polis percaya ketigatiga wanita itu merupakan anggota sindiket dadah antarabangsa.

Polis masih menyiasat hubungan lelaki Thailand yang membawa wanita Filipina itu dengan pikapnya, kata Ahmad Razil.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati ketigatiga wanita itu memasuki Thailand dengan kapal terbang melalui Bangkok dan bermalam di Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam semalam, sebelum memasuki Malaysia pagi ini.

Ahmad Razil berkata kes itu diserah kepada Polis Kubang Pasu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Polis percaya ganja itu untuk dipasarkan kepada penagih dadah di negara ini," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain