suria

Pendidikan awal kanak-kanak asas melahirkan modal insan berkualiti - Rosmah

KUALA LUMPUR: Usaha memajukan kanakkanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan modal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi kerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, kanakkanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan sahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang mungkin dihadapi masa akan datang.

"Oleh itu, mendidik anakanak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga bagi masa depan negara, katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Membangunkan Modal Insan Bermula Dengan Kanakkanak pada persidangan mengenai pemikiran antarabangsa ke-14 di sini semalam.

Rosmah berkata bagi Malaysia, kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Katanya pembangunan modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup.

"Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagi pembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanakkanak itu masih bayi. Kita tidak patut membiarkan aspek pembangunan kanakkanak itu apabila mengetahui bahawa kualiti jagaan dan pendidikan awal kanakkanak boleh menghasilkan kesan positif jangka panjang," katanya.

Rosmah berkata kerajaan Malaysia sentiasa secara konsisten memperuntuk sejumlah besar wang bagi bajet pembangunan untuk kemajuan pendidikan bagi memastikan sasaran dalam pelan pendidikannya mencapai matlamat.

Katanya pada 2007, kanakkanak berumur lima dan enam tahun yang mendapat pendidikan pra sekolah adalah tinggi iaitu 67 peratus dan dijangka ia akan meningkat kepada 80 peratus menjelang akhir 2010.

"Bagaimanapun, peratusan ibu bapa yang menggunakan pusat jagaan kanakkanak bagi kanakkanak yang berumur empat tahun ke bawah adalah rendah. Kaji selidik pada 2006 yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara mendapati hanya 10.6 peratus ibu bapa menggunakan pusat itu berbanding 5.9 peratus bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Rosmah berkata objektif program Permata adalah bagi mengisi jurang pembangunan, pendidikan dan jagaan kanakkanak sejak mereka lahir hingga mencapai umur lima tahun dalam usaha untuk menyediakan jagaan berterusan sebelum mereka memasuki pra sekolah dan sistem persekolahan formal.

"Kami mengakui bahawa pelaburan bagi kanak-kanak kecil mesti disertai dengan polisi umum yang komprehensif dan program yang padat daripada sejak hamil hingga berumur lima tahun.

"Oleh itu, falsafah dan kurrikulum disamping proses pembelajaran dan pengajaran perlu selari bagi mencapai pembangunan berterusan," katanya.

Rosmah berkata ibu bapa perlu lebih mesra dalam memandu kanakkanak dalam menemukan mereka dengan persekitaran.

Katanya dengan dunia tanpa sempadan dan proses globlisasi, wujud keperluan bagi menyediakan kanakkanak untuk menjadi warganegara global dan mereka perlu diingatkan mengenai padang permainan mereka sebagai orang dewasa tidak terhad kepada tanah air mereka.

"Mereka perlu peka sejak awal mengenai kepelbagaian budaya, berurusan dan berinteraksi dengan yang lain merentasi dunia melalui teknologi maklumat dan komunikasi dan mengenai keupayaan untuk bekerja di dunia yang berbeza," katanya.

Oleh itu, katanya, adalah penting bagi memastikan semua sistem dalam masyarakat bermula dari ibu bapa, keluarga dan masyarakat dan sistem sekolah, untuk bekerjasama sepenuhnya bagi memaksimumkan potensi kanak-kanak itu dalam persekitaran holistik merangkumi lingkungan intelektual, kebudayaan dan kerohanian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain