suria

Lelaki dipenjara 54 bulan tipu data kad kredit untuk tiket wayang

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara berjumlah 54 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu data kad kredit milik pengunjung hotel itu untuk membuat pembayaran 82 keping tiket wayang.

Hakim Rosbiahanin Arifin, yang menjatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan, memerintahkan Mohammad Wariszan Che Abdullah menjalani hukuman secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Mei 2007.

Rosbiahanin dalam penghakimannya berkata kesalahan jenayah yang dilakukan oleh tertuduh adalah terancang bermula dengan menggunakan kepandaiannya menipu data kad kredit mangsa bagi menjelaskan pembayaran itu.

Mohammad Wariszan, 26, didakwa menipu data dan menyalahgunakan tiga kad kredit milik K. Paul Kevin, 28, dengan menggunakan data mangsa bagi membuat pembayaran 82 keping tiket wayang melibatkan RM1,025.

Tertuduh yang kini bekerja sebagai kerani di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja didakwa melakukan ketigatiga pertuduhan itu pada 26 Mei 2007 di Tingkat 3, Kompleks Membelibelah Midvalley, pada 5.20 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat serta dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya Mohammad Wariszan memohon mahkamah mengurangkan hukumannya memandangkan ia bakal menyambut kelahiran anak pertama, dan isterinya pula memerlukan perhatian penuh daripadanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain