suria

Tujuh peratus jawatan sektor awam diperuntukkan kepada OKU

PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memperuntukkan tujuh peratus jawatan dalam perkhidmatan awam untuk golongan orang kurang upaya (OKU), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan menggalakkan lebih ramai golongan OKU memohon jawatan yang ditawarkan terutama bagi mereka yang berkelulusan serta tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.

"Saya berharap OKU mengambil peluang ini kerana kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan kepada penjawat awam," katanya pemberita selepas merasmikan Kem Motivasi Kelurga Integrasi OKU di sini.

Murugiah berkata OKU yang berminat boleh melayari laman web SPA di alamat www.spa.gov.my bagi mengetahui jawatan yang peruntukkan kepada mereka. BERNAMA

Artikel Lain