suria

Seorang lagi penghuni pusat serenti yang lari ditahan

PULAU PINANG: Seorang lagi penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor yang melarikan diri ketika berlaku rusuhan di pusat itu Jumaat lepas ditahan semula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Zulkifli Ilias berkata penghuni berkenaan ditahan di Kampung Bukit Petai, Tikam Batu, Kedah kirakira 12.15 tengah hari.

"Setakat ini, kita telah berjaya menahan 17 penghuni termasuk seorang hari ini dan usaha memburu 13 lagi penghuni masih giat dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Dua orang awam yang dikatakan memberi perlindungan kepada seorang penghuni turut ditahan semalam.

Rusuhan di pusat tersebut yang dihuni 522 penghuni dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas penghuni setelah lima rakan mereka diasingkan di di sel pusat itu setelah didapati positif dadah.

Perusuh dikatakan membakar blok bangunan dan merosakkan kenderaan. BERNAMA

Artikel Lain