suria

Sebelas termasuk dua wanita ditahan terbabit jenayah

IPOH: Polis percaya telah melumpuhkan kegiatan samun oleh kumpulan yang dikenali sebagai "gagak hitam" dengan tertangkapnya 11 orang termasuk dua wanita berusia 21 hingga 43 tahun dalam empat serbuan di sekitar bandaraya ini sejak 13 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, polis turut merampas 11 buah motosikal, sebuah Proton Waja, dan telefon bimbit iaitu hasil barangan curi oleh mereka selain empat bilah parang, topeng, topi keledar dan baju jeket yang digunakan ketika menyamun.

Hasil siasatan mendapati mereka telah melakukan kegiatan jenayah tersebut sejak Januari lalu dan salah seorang yang ditahan itu dikenali sebagi "Hanafi" berusia 24 tahun dipercayai ketua kumpulan tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azisman berkata, mereka melakukan kegiatan samun lebih daripada 20 kes membabitkan kedaikedai 'seven-elevan' dan kedai runcit selain mencuri motosikal di kawasan-kawasan letak kenderaan di pasar raya.

Siasatan polis juga mendapati kesemua mereka yang ditahan itu mempunyai jenayah lampau iaitu mencuri, katanya.

Mereka ditahan reman sehingga esok. BERNAMA

Artikel Lain