Polis buru dua suspek kes tipu berkaitan kad kredit

KUANTAN: Polis sedang memburu dua suspek yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes penipuan yang berkaitan dengan penyelesaian hutang kad kredit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Supt Zaini Jass berkata kedua-dua suspek yang hanya dikenali sebagai "Mr Michael dan "Miss Wong".

Beliau berkata kedua-dua mereka dikatakan "mengugut" bagi mendapatkan maklumat mengenai nombor akaun mangsa, kononnya untuk menyelesaikan tindakan mahkamah berkaitan kegagalan mangsa melangsaikan hutang kad kredit.

"Sejak seminggu lepas kami terima empat laporan berkaitan kes itu yang melibatkan kerugian hampir RM50,000 dan terbaru pada Rabu lepas apabila seorang jururawat ditipu RM5,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya jururawat berumur 26 tahun dari Temerloh itu ditipu lelaki berkenaan yang menyamar sebagai pegawai bank dan memberikan nombor telefon palsu yang didakwanya nombor telefon Bank Negara untuk jururawat itu membuat semakan.

"Ketika membuat panggilan ke nombor telefon itu untuk semakan, ia disambut oleh seorang wanita yang menggelarkan diri sebagai "Miss Wong" yang kemudiannya meminta segala maklumat mengenai akaun bank dan berjanji akan menyelesaikan masalah berkaitan tindakan mahkamah itu dalam masa dua hari," katanya.

Zaini berkata mangsa hanya sedar ditipu selepas menyemak akaun bank dan mendapati wang simpanannya berkurangan, sedangkan hutang kad kreditnya kekal seperti sebelumnya.

"Polis masih memburu kedua-dua suspek di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain