suria

KDN isytihar 'perang' dengan Ah Long

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengisytiharkan perang habishabisan terhadap Ah Long bagi menangani isu itu yang semakin berleluasa kini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua jabatan di bawah kementerian itu digembleng bersama untuk menangani isu itu bagi mencari jalan penyelesaian dan pendekatan secara menyeluruh.

"Saya beri amaran sekeraskerasnya kepada Ah Long, saya menyatakan dengan setegastegasnya bahawa saya mengisyhtiharkan perang terhadap mereka.

"Saya percaya bahawa kaedah kita mengembleng semua pihak daripada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pakarpakar dalam keskes tertentu dapat bersamasama menangani isu ini," katanya pada sidang media selepas melawat kawasan Jalan Haji Taib di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun perkara itu nampak sukar untuk ditangani tetapi dengan menggunakan pendekatan menyeluruh serta melibatkan semua pihak yang berkepentingan perkara itu dapat diatasi.

"Kita cuba cari cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kerja saya bukan untuk melangsaikan hutang peminjam tetapi mencari jalan untuk merungkai permasalahan ini," katanya.

Hishammuddin berkata dengan pendekatan turun padang yang dilakukannya hari ini dapat mendekatkan beliau dengan masyarakat dan mendengar sendiri permasalahan mereka.

Beliau berkata demikian selepas bertemu secara bersemuka dengan lima keluarga dan dua individu yang menjadi mangsa Ah Long di sebuah hotel di sini.

"Saya telah berjumpa sendiri dengan mangsamangsa Ah Long dan mendengar sendiri latar belakang fenomena yang tidak harus menular dalam masyarakat kita dan yang menjadi mangsa buruan bukan peminjam tetapi ahli keluarga yang tidak berdosa yang terpaksa berdepan dengan mereka yang rakus dan ganas untuk mencari keuntungan," katanya.

Menurut beliau, gejala meminjam daripada Ah Long disebabkan oleh masalah hutang perjudian, dadah dan ada antaranya juga kerana masalah perniagaan.

"Ada keluarga yang saya jumpa ini pinjam cuma RM3,000 untuk perniagaan tetapi kena bayar sehingga RM35,000. Mana ada manusia yang tergamak meletakkan faedah atau bunga yang begitu besar bergandaganda lepas itu mengugut ahli keluarga dan saudara-mara peminjam," katanya.

Menyentuh mengenai masalah yang dihadapi penduduk dan peniaga di sekitar Jalan Haji Taib dan Chow Kit amnya, Hishammuddin berkata satu balai polis kekal atau bergerak akan diletakkan di kawasan itu bagi menanggani keskes di kawasan tersebut.

"Saya sudah berbincang dengan IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) untuk meletakkan satu balai polis di kawasan ini atau menyewa premispremis perniagaan yang telah dikenalpasti bersesuaian untuk dijadikan balai polis. Isu yang kerap kita dengar di kawasan ini adalah seperti pelacuran dan juga dadah yang menjadi kebimbangan penduduk di sini," katanya.

Hishammuddin berkata dengan cara turun ke kawasankawasan panas seperti di kawasan Chow Kit, beliau dapat berjumpa dengan orang ramai dan mendengar permasalahan mereka dengan lebih dekat.

"Ini merupakan kawasan 'hot spot' pertama saya dan saya akan turun ke kawasankawasan 'hot spot' yang lain untuk melihat dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi penduduk," katanya.

Yang turut bersamasama beliau melawat kawasan itu ialah Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman dan timbalannya Datuk Abu Samah Mat. BERNAMA

Artikel Lain