suria

830 murid sekolah rendah di Terengganu terima e-book

Pelajar darjah 5 Sek. Keb. kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, Azmarul Mizan Nurhakim Abd Aziz menunjukkan komputer riba e-Book kepada ibunya, Umi Kalsom Arif,49 selepas Majlis Majlis Penyerahan e-Book Sekolah-Sekolah Rendah DUN Seberang Takir & DUN Bukit Tunggal. -foto The Star oleh M. AZHAR ARIFF

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 830 murid di tujuh sekolah rendah dalam kawasan DUN Seberang Takir menerima e-Book (komputer riba) yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia, Razif Abd. Rahman.

Kerajaan negeri telah memperkenal e-Book kepada 23 ribu murid tahun lima membabitkan kos RM23 juta.

"Penggunaan e-Book dijangka akan mengubah lanskap pendidikan di Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penggunan teknologi maklumat di peringkat awal sekolah lagi.

"Sebagai permulaan, program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Komuniti (PKPK) akan dilaksanakan di dua sekolah kawasan DUN Seberang Takir sebelum dilancarkan ke semua sekolah di negeri ini," kata beliau ketika merasmikan Majlis Penyerahan e-Book bagi sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.

Sekolah yang menerima penyerahan e-book itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir, SK Bukit Tok Beng, SK Tok Jembal, SK Kompleks Seberang Takir, SK Gong Badak, SK Bukit Tunggal dan SK Duyong.

Artikel Lain