suria

PAS umum calon DUN Manek Urai Jumaat depan

KOTA BHARU: PAS akan mengumumkan calonnya bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Jumaat depan, kata penasihat jentera operasi pilihan raya Manik Urai PAS, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Katanya pengumuman itu akan dibuat bersama pemimpin Pakatan Rakyat berdekatan dengan rumah penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Ismail Yaakob, di Manek Urai.

"Saya yakin calon pilihan PAS nanti akan diterima oleh pengundi Manek Urai," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini diadakan berikutan kematian Ismail, 60, pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana pelbagai komplikasi.

Surhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 6 Julai ini.

Sementara itu, Wan Rahim meminta SPR mengarahkan semua majikan membenarkan pekerja mereka mengambil cuti pada hari mengundi. BERNAMA

Artikel Lain