suria

Kumpulan ragut tumpas, 5 lelaki ditahan

KUCHING: Polis menumpaskan satu kumpulan ragut yang bergiat aktif di sekitar Bandaraya Kuching apabila menahan lima lelaki, termasuk seorang bapa dan anak dalam serbuan di sini, semalam.

Dalam operasi oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hasil maklumat orang awam itu, polis turut menemui semula lebih 15 beg tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed berkata dalam operasi awal pagi semalam itu, polis memeriksa dua rumah di Kampung Tabuan Lot di sini dan mehanan lima lelaki berusia antara 20an dan 30an. Bernama difahamkan ketika membuat pemeriksaan di dua rumah itu, polis menemui lebih 15 beg tangan wanita, beberapa dompet, kad ATM, kad kredit, kad pengenalan dan sebilah parang.

"Polis akan mempergiatkan usaha untuk memerangi jenayah ragut di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Huzir berkata kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduaduanya sekali. BERNAMA

Artikel Lain