Jeanne berkhidmat dengan cemerlang dalam Pandu Puteri - Semasa | mStar

Jeanne berkhidmat dengan cemerlang dalam Pandu Puteri

KUALA LUMPUR: Tun Jeanne Abdullah berjaya menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Pandu Puteri) dengan cemerlang sejak tahun 2007, kata Yang Dipertua Pandu Puteri yang baru, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika Jeanne menjadi Yang Dipertua Pandu Puteri, beliau telah memberi sokongan dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan Majlis Jamuan Makan Amal sehingga Pandu Puteri berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000, kata Rosmah pada majlis jamuan perpisahan "Jasamu Di Kenang" untuk Jeanne di sini hari ini.

Jeanne yang juga isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan itu sejak tahun 2007 hingga tahun ini sebelum diserahkan kepada Rosmah.

Turut hadir pada itu ialah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri, Datin Zallilah Mohd Taib.

Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai Yang Dipertua yang baru beliau akan memastikan Pandu Puteri menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif serta akan dicontohi oleh persatuan-persatuan wanita dan remaja yang lain di Malaysia.

Sementara itu, Jeanne berkata beliau berharap Pandu Puteri akan melahirkan lebih ramai remaja yang mempunyai jati diri yang tinggi dan meneruskan semangat melakukan kerja-kerja sukarelawan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain