Terima tawaran AJK: Mat Sabu tentukan hari ini - Semasa | mStar

Terima tawaran AJK: Mat Sabu tentukan hari ini

PETALING JAYA: Mohamad Sabu, calon Timbalan Presiden PAS yang tewas pada pemilihan awal bukan ini, akan mengumumkan pendiriaanya berhubung tawaran dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, hari ini.

Beliau berkata, terlalu sukar baginya untuk membuat keputusan mengenai tawaran tersebut kerana perlu memikirkan banyak perkara.

"Esoklah... esok (hari ini)saya jawab," katanya kepada mStar Online ketika duhubungi semalam.

Mohamad, bekas Naib Presiden PAS, memberikan alasan beliau memerlukan tempoh seminggu untuk berfikir sebelum membuat keputusan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan tersebut minggu lalu.

Selain Mohamad, seorang lagi calon Timbalan Presiden yang tewas dan dikaitkan dengan 'puak Erdogan' atau pro-Anwar iaitu Datuk Husam Musa turut dilantik sebagai AJK Pas Pusat.

Abdul Hadi sewaktu mengumumkan pelantikan berkenaan berkata, beliau yakin kedua-dua calon yang tewas itu akan menerimanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain