suria

Fokus terhadap empat poin utama di sidang pendidikan Komanwel

KUALA LUMPUR: Empat poin utama yang dibincang dan diberi fokus di Persidangan Menterimenteri Pendidikan Komanwel (CCEM) ke17 yang tamat di sini hari ini akan menjadi pendorong untuk maju ke arah mencapai matlamat sidang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Berucap di majlis penutup persidangan di sini, Khaled berkata fokus pertama ialah dasar pendidikan, peruntukan dan perkhidmatan dalam konteks perubahan pesat semalam.

Kedua ialah tentang pendidikan sebagai kesinambungan saling bergantung yang penting dari zaman kanakkanak ke peringkat rendah, menengah, pasca menengah dan seterusnya hingga ke pembelajaran sepanjang hayat.

Fokus ketiga ialah keperluan mewujud dan memulihara kualiti pendidikan dan keempat mengenai perkongsian pelajaran dan amalan penting.

"Cabaran di hadapan kita adalah besar tetapi kita boleh merasa dan mengesan dari mesyuarat KL ini bahawa azam kita untuk mengatasinya adalah lebih besar," kata Khaled.

Kirakira 1,200 wakil dari 43 negara Komanwel menghadiri sidang empat hari itu. CCEM ke18 akan diadakan di Bahamas pada 2012.

Kemudian, pada acara berasingan, Khaled menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Binary University College dengan Universiti Zambia.

MoU itu bertujuan membantu melahirkan tokohtokoh ICT masa depan di Zambia dan membantu universiti Afrika menubuhkan pusat pengajian perniagaan utama di rantau berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain