suria

Singapura sahkan 17 kes baru H1N1

SINGAPURA: Singapura mengesahkan 17 kes baru Influenza A (H1N1) semalam, jumlah paling besar dilaporkan dalam tempoh sehari setakat ini, menjadikan keseluruhan kes yang disahkan ialah 66.

Kebanyakan kes atau 10 daripadanya adalah rakyat Singapura dan penduduk tetap, manakala selebihnya ialah seorang wanita rakyat Australia, dua pembantu rumah rakyat Filipina dan masingmasing seorang lelaki rakyat Chile, Australia dan Amerika serta seorang kanakkanak lelaki Amerika berusia lima tahun yang transit dari California untuk ke Chennai, India.

Mereka yang terlibat berusia antara lima dan 53 tahun itu, pernah membuat perjalanan ke Filipina, Amerika Syarikat (AS), Australia, Eropah dan Australia sejak bulan lepas dan kembali ke Singapura minggu ini.

Dengan jumlah terbaru kes H1N1 yang dicatat malam ini, kementerian kesihatan berkata semua kes baru itu membabitkan mereka yang pulang dari negara yang dikenalpasti mempunyai jangkitan H1N1.

Beberapa kes adalah individu yang meneruskan perjalanan mereka atau menjalankan aktiviti sosial dan pertemuan walaupun mempunyai simptom wabak itu, kata kementerian berkenaan.

Kementerian itu berkata dengan ramai rakyat Singapura kembali dari bercuti atau pulang untuk cuti musim panas dari negara-negara seperti AS, United Kingdom dan Australia, jumlah kes H1N1 diimport itu dijangka meningkat. BERNAMA

Artikel Lain