suria

Shahrizat pelawa pemimpin wanita PAS bincang soal perpaduan

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempelawa pemimpin wanita PAS untuk berbincang soal perpaduan orang Melayu bagi memelihara perpaduan ummah.

"Saya akan mengeluarkan jemputan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS bagi bertermu dan membincangkan isu itu secara ikhlas. Saya harap Dewan Muslimat akan menerima jemputan saya," katanya dalam "Facebook" beliau malam tadi.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata beliau membuat pelawaan itu kerana pemimpin dalam pembangkang tidak mampu membuat pendirian mengenai idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga menggesa parti-parti dalam barisan pembangkang supaya menghentikan semua sandiwara dan main wayang mengenai isu tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata UMNO terbuka kepada perbincangan seperti itu dengan PAS. BERNAMA

Artikel Lain