suria

Kerana isyarat lucah, wanita parah dibelasah

KUANTAN: Seorang wanita cedera parah selepas dibelasah oleh adik dan kakak suaminya gara-gara perbuatannya menunjukkan isyarat lucah, dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Bukit Sagu 1, dekat sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata mangsa yang berusia 29 tahun cedera teruk dimuka dan badan selepas dibelasah dengan sebatang kayu dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

"Pada kejadian 8.50 pagi semalam itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan kakak iparnya sebelum adik ipar perempuannya turut sama terbabit.

"Mangsa kemudiannya dibelasah dengan sebatang kayu selain ditumbuk dan ditendang berkali-kali," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kamaruzzaman berkata punca kejadian dikatakan kerana mangsa didakwa gemar menunjukkan isyarat lucah kepada kakak iparnya itu.

"Kedua-dua suspek berusia 24 dan 31 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. BERNAMA

Artikel Lain