suria

Penganggur mengaku salah miliki pistol dan peluru tanpa permit

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki pistol dan peluru tanpa permit, kira-kira dua minggu lalu.

Low Wai Yuan, 38, dituruh memiliki dua pucuk pistol di sebuah rumah No. 170, Jalan 7, Taman Tan Yew Lai, Jalan Puchong, Brickfields, di sini antara pukul 10 malam dan 11.15 malam, 4 Jun lepas.

Dia juga didakwa memiliki 38 butir peluru hidup di tempat dan pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan memiliki pistol, dia didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Senjatapi 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan Bagi pertuduhan memiliki peluru hidup, dia didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjatapi 1960 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 20 Julai sebagai tarikh jatuh hukum. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala Low tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Lain