suria

700 rakyat Iran enggan surai, polis lepas gas pemedih mata

KUALA LUMPUR: Kekecohan berlaku di hadapan Wisma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Jalan Semanthan di sini semalam apabila kira-kira 700 rakyat Iran mengadakan perhimpunan haram membantah kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada pilihan raya presiden Jumaat lepas.

Perhimpunan yang pada mulanya dibuat untuk menghantar memorandum ke wisma itu bagi membantah keputusan pilihan raya presiden negara berkenaan bertukar kecoh apabila kumpulan berkenaan enggan bersurai walaupun diminta berbuat demikian sejak awal lagi.

Ekoran itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan lima bom asap bagi menyuraikan semua penunjuk perasaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan bom asap selepas mereka ingkar untuk bersurai. BERNAMA

Artikel Lain