suria

Naib Presiden Cheng Guan kekal dalam Gerakan

KEKAL... Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan menunjukkan logo parti itu selepas mengumumkan yang beliau kekal dalam Gerakan. Bulan lalu beliau menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu. _ foto THE STAR oleh ASRI ABDUL GHANI

BUTTERWORTH: Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan kekal dalam parti selepas menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu bulan lepas.

Huan yang juga naib Ketua Gerakan Bahagian Batu Kawan berkata, keputusan untuk kekal dalam parti itu dibuat atas permintaan akar umbi.

"Sejak dua, tiga minggu lepas saya berjumpa dengan akar umbi dan mereka mahu saya kekal dalam parti dan saya juga menerima beriburibu SMS yang meminta saya tidak meninggalkan parti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 1 Jun lepas, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata parti itu memberi surat tunjuk sebab kepada Huan berikutan kenyataan beliau yang mengkritik kepimpinan parti itu.

Beberapa hari sebelum itu, Huan melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan tertinggi Gerakan dan berkata beliau akan meninggalkan parti itu.

Huan berkata beliau akan berjumpa dengan presiden parti, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Parlimen esok bagi menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 1 Jun yang dihantar kepadanya berikutan kenyataannya mengkritik pucuk pimpinan parti.

Katanya beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan yang akan dikenakan parti terhadapnya selepas ini.

"Saya bersedia untuk meminta maaf jika saya melakukan kesalahan. Kadang kala saya bercakap agak lantang, tetapi ia bukan bermaksud saya marah. Saya mahu mereka (kepimpinan parti) mendengar suara akar umbi," katanya.

Huan menolak dakwaan bahawa beliau mengugut parti apabila menyatakan hasratnya untuk keluar parti. BERNAMA

Artikel Lain