suria

Jenazah Muhamad Amar selamat dikebumi

KEPALA BATAS: Jenazah pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kaherah, Mesir Khamis lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bertam Indah, di sini selepas solat Subuh pagi ini.

Jenazah Muhammad Amar Zulkifli, 21, yang tiba dari Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.40 malam tadi, tiba di rumah keluarganya di Taman Bertam Indah, pada kira-kira 4.45 pagi.

"Kami sekeluarga bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar. Urusan pengebumian selesai kira-kira pukul 7.30 pagi ini," kata adik allahyarham, Muhammad Ikhwan kepada Bernama.

Khamis lepas, Muhammad Amar yang merupakan penuntut tahun tiga bidang perubatan di Universiti Kaherah, maut selepas terlibat dalam kemalangan bersama-sama empat rakannya sewaktu pulang dari Ain Sokhna.

Empat rakannya itu mengalami kecederaan. BERNAMA

Artikel Lain