suria

Polis narkotik Kuching rampas dadah bernilai RM78,400

KUCHING: Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuching merampas pil khayal bernilai RM78,400 dan menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Moyan, Jalan Matang/Batu Kawa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Wong Wai Loong berkata polis sedang mengambil tindakan untuk menyita rumah berkenaan.

"Polis yakin dadah terbabit dibawa masuk ke Sarawak dari luar untuk bekalan di sekitar Kuching," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wong berkata ia adalah rampasan dadah terbesar di Sarawak setakat ini daripada sembilan kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain