suria

Malaysia akan gerakkan jawatankuasa pandemik influenza antara kementerian

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menggerakkan jawatankuasa pandemik influenza antara kementerian yang menyelaras segala usaha bagi membanteras rebakan H1N1 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan perisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malam ini, yang menunjukkan bahawa H1N1 kini menjadi pandemik global berikutan mesyuarat tergempar di ibu pejabat badan kesihatan dunia itu di Geneva malam ini.

"Berikutan keputusan oleh WHO yang menaikkan tahap berjagajaga dari fasa 5 ke 6, kerajaan perlu meningkatkan tahap kesiagaan. Kita akan membentuk jawatankuasa pandemik Influenza antara kementerian yang akan saya pengerusikan," katanya di sini semalam.

Menurut laman web WHO, ini kali pertama badan itu mengisytiharkan pandemik influenza global dalam tempoh 40 tahun ini. Pandemic influenza terakhir ialah pada 1968-69 selepas merebaknya virus H3N2, yang bermula di Hong Kong, dan membunuh sekurang-kurangnya sejuta orang seantero dunia. Selesema biasa membunuh kira-kira 250,000 hingga 500,000 orang setahun. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain