suria

Dua beradik maut kereta bertembung bas

IPOH: Dua beradik terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas persiaran di Km 113 Jalan IpohKota Baharu dekat Gerik pada 1.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Mohamad Shahril Mat Zaman, 30 dan kakaknya Nor Azaliah, 31, keduaduanya pekerja kilang di Shah Alam, sedang dalam perjalanan balik dari Shah Alam ke kampung mereka di Felda Papulut, Lawin, Gerik, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah.

Mereka mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Jenazah dua beradik itu telah dituntut oleh keluarga," katanya ketika dihubungi dari sini.

Mahad Nor berkata siasatan awal mendapati nahas itu berlaku apabila bas dari arah bertentangan sedang memotong sebuah treler dan bertembung dengan kereta Proton Perdana yang dipandu Shahril.

Kereta berkenaan diheret sejauh kirakira 50 meter dan turut dirempuh oleh treler berkenaan, katanya.

Pemandu bas berusia 52 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Ketika kejadian, bas itu tidak membawa penumpang.

Pemandu bas dan juga dan pemandu treler tidak mengalami kecederaan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain