Ronaldo ke Real Madrid setelah dapat tawaran 80 juta pound - Semasa | mStar

Ronaldo ke Real Madrid setelah dapat tawaran 80 juta pound

Ronaldo dengan aksi tandukan bolanya. -foto AP
Ronaldo dengan aksi tandukan bolanya. -foto AP

LONDON: Selepas pelbagai spekulasi mengenai Ronaldo akhirnya pemain sayap dari Portugal itu akan ke Real Madrid selepas Manchester United menerima tawaran tanpa syarat berjumlah £80 juta dari kelab Sepanyol itu semalam.

Ini merupakan tawaran yuran perpindahan paling mahal di dunia bagi Manchester United.

Keputusan itu sekali gus memberi peluang cerah kepada pemain sayap dari Portugal itu membuat perundingan peribadi dengan kelab terkemuka Sepanyol tersebut.

Dalam sebuah petikan AP sebentar tadi, Juara Liga Perdana England itu hari ini berkata, mereka telah menerima tawaran tanpa syarat bernilai 80 juta pound (RM394.58 juta) untuk Ronaldo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain