suria

Polis sedang kesan lima suspek bantu siasatan kes bunuh

SEREMBAN: Polis sedang mengesan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang suspek pecah rumah, S. Tilak, 27, di Hospital Port Dickson pada 30 Mei lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata gerakan memburu mereka sedang giat dijalankan.

"Kita yakin kesemua mereka akan diberkas dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Redza Safe Deposit Box Sdn Bhd di sini hari ini.

Tilak diserahkan kepada polis pada 7 pagi 30 Mei lepas setelah dia dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang mendapati dia telah melakukan pecah rumah pada 28 Mei lepas.

Selepas polis mengambil keterangan daripada lelaki yang menahan Tilak, polis menghantar Tilak ke Hospital Port Dickson dalam tempoh sejam tetapi dia disahkan mati pada tengah hari.

Sebaik menerima berita kematian itu, polis menahan dua lelaki yang terlibat menangkap Tilak.BERNAMA

Artikel Lain