Penjaga gol Korea Selatan disahkan bebas H1N1 - Semasa | mStar

Penjaga gol Korea Selatan disahkan bebas H1N1

JOHOR BAHARU: Penjaga gol pasukan hoki Korea Selatan yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Hospital semalam kerana disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1), disahkan bebas daripada penyakit itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Mohd Khairi Yaakob berkata Kang Hyun Woo, 18, yang berada di sini bagi menyertai kejohanan hoki Piala Dunia Remaja Lelaki FIH Standard Chartered Bank, hanya menghidap selesema biasa.

"Dia dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan telah dibenarkan keluar hospital," katanya.

Pemain itu tidak beraksi semasa pasukannya menewaskan Malaysia 20 pada Isnin dan 70 semasa menentang Amerika Syarikat pada Ahad.

Sementara itu, Dr Mohd Khairi berkata seorang wanita berumur 39 tahun yang baru pulang dari China telah dimasukkan ke hospital itu selepas mengalami demam.

Wanita itu akan dikuarantin di wad pengasingan sementara menunggu keputusan ujian kesihatan.

"Kami menjangka keputusan ujian itu diketahui esok," katanya.

Dr Mohd Khairi juga berkata datuk dan nenek pelajar lelaki berumur 23 tahun, yang merupakan kes ketiga disahkan Influenza A (H1N1) di negara ini, tidak mengalami sebarang simptom.

Datuk berumur 70 tahun dan nenek berumur 72 tahun itu yang telah dikuarantin di rumah mereka di Segamat sejak 3 Jun, sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda dijangkiti penyakit itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain