suria

Ketepikan perkara buruk demi kestabilan hubungan Malaysia-Singapura, kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura harus mengetepikan isuisu yang boleh mendatangkan keburukan bagi memastikan kestabilan hubungan ekonomi dan politik kedua-dua negara itu terjamin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan perubahan landskap ekonomi dan politik semasa di keduadua negara maka wujudnya keperluan melihat semula hubungan dua hala dalam konteks jangka masa yang lebih singkat.

"Atas faktor tersebut kita memberikan tumpuan dalam membina hubungan dua hala dari segi kepimpinan, bentuk ekonomi dan hubungan sesama rakyat," katanya kepada pemberita selepas pertemuan selama sejam dengan Menterii Mentor Singapura Lee Kuan Yew di sini hari ini.

"Ini penting kerana fahaman yang bersandarkan kepada keikhlasan dan kejujuran merupakan asas untuk memastikan hubungan dua negara berjiran ini dapat dikekalkan, " katanya.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Hishammuddin berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk menilai semula hubungan dua negara berikutan transisi perubahan kepimpinan keduadua negara dengan tumpuan diberikan kepada pemimpin muda yang bakal mewarisi apa yang dibina oleh pemimpin terdahulu selama ini.

"Mungkin sedikit sebanyak melalui hasil pertemuan ini, kita dapat menimba pandangan dan pengalaman Lee mengalami jatuh bangun dalam membina sebuah negara serantau yang stabil," katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Zahid berkata pertemuan dengan Lee itu akan memberi galakan dalam jalinan hubungan dua hala antara pemimpin di keduadua negara itu pada masa hadapan.

Katanya, dengan adanya hubungan sebegini, sebarang permasalahan yang timbul boleh diselesaikan bukan sahaja untuk kepentingan negara masingmasing tetapi harus mencapai situasi menangmenang.

Dalam pada itu, Shafie berkata pemimpin negara harus memandang serius cadangan Lee supaya melihat ke hadapan mengenai hubungan keduadua negara itu kerana keadaan rantau ini tidak seratus peratus stabil.

"Lee adalah pemimpin yang berpengalaman dan telah memacu Singapura menjadi sebuah negara maju.

"Sebagai generasi yang masih baru, kita boleh menimba banyak pengalaman beliau dan memanfaatkannya dalam mengekalkan kemajuan negara serta hubungan di antara Malaysia dan Singapura," katanya.

Lee sedang dalam rangka lawatan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lalu. BERNAMA

Artikel Lain