suria

Wanita MCA kutuk Pemuda PAS tentang ekuiti bumiputera

KUALA LUMPUR: Pengerusi Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini menyelar Pemuda PAS yang mengkritik langkah kerajaan untuk menghapus ekuiti 30 peratus bumiputera dari 27 sub sektor perkhidmatan. Beliau berkata kenyataan Pemuda PAS itu semata-mata berdasarkan pada keuntungan yang diperolehi sesuatu kaum sedang ia bertentangan dengan manifesto parti itu dalam mendekati semua kaum secara saksama.

"Wanita MCA menyokong penuh liberalisasi 27 sektor itu oleh kerana ia sesuai dengan keanggotaan negara dalam Komuniti Ekonomi ASEAN dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)," kata Chew dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan seorang wakil Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof di Muktamar Pas ke-55 Sabtu lalu agar Kerajaan tidak menghapuskan kuota bumiputera bagi sub sektor berkenaan.

Beliau berkata penghapusan kuota dalam mana-mana sektor perdagangan harus diterima sebagai satu cara meningkatkan daya saing ekonomi, dengan itu menaikkan lagi profesionalisme dan menaik taraf industri selari dengan produktiviti yang meningkat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain