suria

Kesatuan guru mahu had jumlah mata pelajaran SPM ditambah menjadi 12

LANGKAWI: Sebanyak 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara mahu had jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditambah kepada 12 berbanding 10 seperti ditetapkan Kementerian Pelajaran sebelum ini.

Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata cadangan itu merupakan antara perkara yang dipersetujui pada mesyuarat kesatuan dan persatuan itu di sini.

"Persetujuan itu dicapai setelah mengadakan perbincangan secara terperinci serta mengambil kira kesannya daripada pelbagai aspek," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Wacana Profesional Profesion Pendidikan di sini hari ini.

Lebih 50 wakil daripada 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara menghadiri mesyuarat tiga hari itu.

Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan isu berkenaan bebanan tugas guru dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Mengenai PPSMI, katanya mesyuarat itu bersetuju untuk menerima apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain